Sekolah-sekolah kebangsaan telah pun ditubuhkan di Pasir puteh ini sejak sebelum Perang Dunia yang kedua lagi,yang mana pada masa itu dinamakan Sekolah Melayu.Lepasan Sekolah Melayu ini telah pun boleh mendapatkan pekerjaan'kolar puteh' dengan kerajaan Inggeris pada masa itu.namun begitu,mereka yang mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris telah diberikan tempat yang lebih tinggi dan baik dikalangan pekerja-pekerja.Menyedari hakikat inilah,maka usaha-usaha telah diambil untuk memperkenalkan bahasa Inggeris kepada penduduk disini.
Langkah awal ke arah itu telah dimulakan oleh Tuan Sulong bin Syed Abdul Rahman pada tahun 1935 dengan mengelolakan satu kelas persendirian Bahasa Inggeris di waktu malam.Guru yang mengajarnya ialah Tuan syed Abu bakar dari Pahang.Jejak ini diikuti pula oleh Encik Jacob Thomas pada tahun 1936 yang mendirikan sekolah persendirian bahasa Inggeris'Thomas School' di Jalan Farrer (sekarang jalan Nara),Pasir Puteh.Namun begitu,kegiatan mereka ini terhenti apabila meletusnya Perang Dunia Kedua.
Selepas Perang Dunia Kedua,perjuangan ke arah pendidikan Bahasa Inggeris diteruskan semula.Satu Jawatankuasa Pengasas yang terdiri dari Pegawai Pentadbir ,orang-orang kenamaan dan penggawa-penggawa telah ditubuhkan untuk tujuan ini,pada awal tahun 1951.Jawatankuasa ini telah berusaha untuk mendapatkan satu tempat untuk penganjara Bahasa Inggeris dan juga seorang guru.akhirnya jawatankuasa ini telah dapat mendirikan satu bangunan sementara untuk pengajaran bahasa Inggeris yang berharga $1,500.00(termasuk harga perabutnya),di tempat Penggawa Limbongan sekarang. seorang wanita bangsa InggerisPuan Kennedy(isteri pengurus Cherang Tuli estate Pasir Puteh) telah diambil untuk mengajar disekolah ini.Adalah dikatakan guru itu datang ke sekolah dengan menaiki kuda.
Jawatankuasa ini walaubagaimanapun masih belum berpuas hati dengan bangunan yang didirikan itu.dengan itu,mereka telah mencari satu kawasan yang khusus untuk mendirikan sekolah Inggeris persendirian di Pasir Puteh.Jawatankuasa ini telah membentuk satu Jawatankuasa Kecil Kewangan untuk mencari wang bagi membeli sebidang tanah untuk tapak bangunan sekolah yang dicadangkan.Akhirnya,mereka telah dapat satu kawasan tanah seluas 9 ekar 739 depa untuk kawasan sekolah yang dicadangkan.Tanah itu telah dibayar dengan harga $4,000.00 pada 18.8.1951 dan diletakkan di bawah pemegang amanah.
Pada awal tahun 1952,Jawatankuasa pengasas telah membuat rundingan dengan pihak Pejabat pelajaran Kelantan untuk mengadakan sebuah sekolah Inggeris Kerajaan di Pasir Puteh ini.hasil daripada rundingan-rundingan dan surat mesyuarat di antara Jawatankuasa Pengasas dan Jabatan Pelajaran Kelantan,mereka telah mencapai kata sepakat untuk mendirikan sebuah Sekolah Inggeris Kerajaaan di Pasir Puteh,dengan syarat Jawatankuasa Pengasas menyediakan tapak bangunan sekolah.
Oleh itu ,tanah yang dibeli diserahkan oleh pemegang Amanah kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan resminya pada 11.8.1952,untuk kegunaan mendirikan sekolah yang dicadangkan.
Pada awal 1953,kerja-kerja mendirikan sekolah dimulakan,dan pada 10.1.54 sekolah ini menerima muridnya yang pertama dan persekolahan dimulakan dengan nama Government English School,Pasir Puteh.